MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

MGG-P9/0520

BENTENG PALING RAPUH DALAM DASAR LUAR MALAYSIA

(The Archilles' Heel of Malaysian Foreign Policy ~ MGG Pillai)

Walaupun Dato Seri Anwar Ibrahim merengkok di penjara Sungai Buluh sebagai orang tahanan berseorangan dan diberi taraf  Insan Yang Mesti Dihapuskan Dengan Apa Jua Cara, pemenjaraannya itulah yang merupakan benteng paling rapuh Perdana Menteri Malaysia.  

Perkara ini yang bermula di mercu tertinggi kerajaan fasis pimpinannya, menular hingga ke tahap bawah, baik dalam politik mahupun dalam pentadbiran kerajaan. Perdana Menteri ini memang jengkel (murka) dengan gelagat dunia malahan rakyatnya sendiri kerana tidak mahu mempercayainya di atas segala perancangan untuk memalukan bekas timbalannya dengan segala dalil dan 'bukti' yang tidak diterima kesahihannya.  Dia mahukan dunia mempercayai bahawa tuduhan yang dirancang itu adalah berbentuk kesalahan jenayah dan bukan disebabkan muslihat politik. Yang paling menjijikkan, lagi kerap sistem kehakiman menenyeh musuh ketatnya, semakin kelam  kewibawaan perdana menteri itu, jadinya.

Kerana itu dia menyediakan frasa pilihan; yang memang disimpan untuk ditujukan kepada negara-negara dan pemimpinnya yang menolak dan membantah akan cara beliau memperlekehkan mantan timbalannya itu di khalayak ramai. Dia menyerang Amerika Syarikat dan Australia kerana mereka bersimpati dengan DS Anwar. Kerana itu dia cuba mengganyang mereka dengan mengungkitkan cara mereka menangani  masalah pribumi di negara itu. Sememangnya Perdana Menteri ini berhak menyangkal sikap Australia yang cuba membuli Asia seperti yang dibuatnya dalam satu rancangan TV Australia. Tetapi dia melakukan semua itu sebagai membalas dendam terhadap Canberra kerana sentimen mereka terhadap kesengsaraan DS Anwar.

Begitu juga halnya dengan Presiden Joseph Estrada yang memang amat gemar memuji DS Anwar. Ini juga menjadi satu masalah yang merumitkan Malaysia dalam mendapatkan bantuan Fillipina  membebaskan para tebusan yang diculik oleh kumpulan Abu Sayyaf. Joseph Estrada pernah melawat Kuala Lumpur dan menyertai  Persidangan APEC yang dilangsungkan beberapa hari selepas DS Anwar  ditahan di bawah I.S.A. Ketika itu Anwar telah digasak oleh Ketua Polis Negara sambil tangan Anwar digari di bahagian belakang. Anwar telah digasak dalam tempoh satu jam selepas beliau ditangkap dan matanya lebam birat kerana dibelasah begitu kejam. Estrada telah menolak peraturan protokol dan sanggup bertemu Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk berbincang akan masalah  yang dihadapinya itu.

Perdana Menteri memang merasa benci dengan perangai  presiden Filipina itu dan dia tidak pernah mahu bersorok-sorok dengan perasaannya itu. Sayangnya, menteri luar, Dato Seri Syed Hamid Albar yang kerap berlagak laksana seekor anjing-riba peliharaan Perdana Menteri kerap pula bersuara tiong mengulangkan saranan perdana menterinya, yang memberikan gambaran betapa lemahnya negara ini dalam isu diplomasi. Cara Hamid menyerang Pengerusi Majlis Perundingan Rakyat Indonesia, Pak Amien Rais bukannya untuk menggugat Pak Rais. Hanya setakat menunjukkan kesetiaannya sahaja. Apabila Perdana Menteri menyerang Mr. Howard (Australia) Hamid menyerang pula Pak Rais. Nampaknya para menteri kabinet Malaysia lebih rela mendorongkan Malaysia bertelagah dengan negara jiran daripada membuatkan Perdana Menteri berfikir betapa mereka sudah tidak setia lagi terhadapnya.

DSAI - Insan Yang Mesti Dihapuskan Dengan Apa Jua Cara oleh Kerajaan BN Pimpinan Regim Diktator Mahazalim @ Mahazalim @Maha Firaun @Mahathir Mohammad

Malaysia tidak mahu melihat negara luar mempunyai kaitan dengan wakil rakyat daripada parti pembangkang. Mereka menjadi lebih tertekan kalau wakil rakyat itu adalah isteri kepada Insan Yang Mesti Dihapuskan Dengan Apa Jua Cara (DS Anwar Ibrahim). Syed Hamid telah menyerang Pak Rais kerana menyanggah pendirian rasmi sistem kehakiman negara. Tidak kiralah kalau sebelum itu terdapat beberapa bukti sahih betapa seorang peguam telah bersekongkol dengan seorang Hakim Mahkamah Tinggi dengan menulis keputusannya. Apa pula dengan cerita  beliau bercuti dan menemani anak-guamnya untuk bersama seorang ketua hakim dan Attorney General;  untuk memudahkan bicara dan kehakiman yang dikatakan tulus dan suci itu.

Soalnya sekarang semakin ramai rakyat Malaysia yang tidak setuju dengan Hamid dan beliau amat gugup dalam  hal ini. Dia seolah-olah tidak mahu peduli kalau perhubungan Malaysia-Indonesia akan bergelora disebabkan perkara ini.  Sememangnya Perdana Menteri mahupun anjing-ribanya  tidak ada susur-galur dengan Indonesia.

Presiden Abdurrahman Wahid dan juga Presiden Estrada memang sudah lama  marah dengan cara DS Anwar diaibkan. Kedua-dua pemimpin ini sememangnya tidak ada hubungan yang baik dengan Perdana menteri disebabkan perkara ini.

Setiap negara yang bersimpati dengan DS Anwar memang menghadapi hubungan kenegaraan (diplomatik) yang bergelora  dengan Malaysia. Menteri yang diberikan tanggungjawab hal ehwal perundangan Malaysia telah menyerang satu laporan lengkap yang bertajuk "Justice in Jeopardy: Malaysia  in 2000" dengan mengatakan betapa laporan itu terlalu memihak kepada DS Anwar.  Setelah membaca laporan itu, saya fikir laporan itu lebih curiga akan apa yang mungkin berlaku di antara PBB dengan kerajaan Malaysia. Kecurigaan itu adalah berputik daripada kedudukan Dato' Param Cumaraswami dan juga bekas MP Encik Lim Guan Eng yang telah dipenjarakan.  Sepatutnya laporan itu mengambil kira kisah betapa sistem kehakiman itu sudah merudum dan bagaimana para hakim semakin dipengaruhi oleh para peguam sehinggakan tercetus beberapa kes yang membabitkan jumlah ratusan juta sebagai tuntutan saman malu.

Akhirnya nanti, kewibawaan sistem kehakiman negara itu tidak akan bergantung semata-mata di atas kedudukan imuniti seorang pelapor PBB ataupun kisah seorang MP yang dipenjarakan. Ia akan dinilai berdasarkan penyalahgunaan kuasa mahkamah  dan juga betapa Mahkamah Rayuan dikendalikan  seperti kes Tan Sri Vincent Tan melawan MGG Pillai di mana Mahkamah Persekutuan enggan memperakukan perdebatan yang memakan masa 29 bulan. Inilah bentuk kehakiman negara yang membenarkan para peguam rakus bersekongkol dengan Ketua Hakim. Yang menyelamatkan kewibawaan laporan itu ialah perbincangannya bersangkutan dengan kes Dato Seri Anwar.

Dato Rais menyelar laporan itu untuk menyelamatkan kedudukan kerajaannya yang sudah rapuh. Kerajaan ini memang tidak punyai peluang untuk melawan laporan itu disebabkan bahan bukti yang nyata mengenai  satu pemerintahan yang sudah pun berusia 19 tahun. Dato Rais cuba mendapatkan mata perdebatan sahaja.  Kalau dia cuba berlebihan dalam hal ini  kejaya politiknya akan terancam lagi. Begitulah juga dengan Dato Syed Hamid yang perlu menyalak untuk memuaskan tuannya.  Tetapi, yang paling menakutkan ialah kewujudan benteng rapuh Perdana Menteri itu yang akan terus menghantuinya.

Diterjemahkan  oleh -MT-
20.2.2000.

 counter.bloke.com